
Ads
| Gold Affiliate Egold House Daftar gold Affiliate sekarang Nikmati Bonus sehingga 3 Level www.egoldhouse.com |
One Au Precious Metals Mentor Pelaburan Emas Anda Kami Jual Harga Kilang!!! www.oneau.com.my |
Harga Emas Semasa di Malaysia

Harga emas di malaysia sebenarnya turun temurun dari pada moyang kita semasa berlakunya tukar menukar barang belian diketika zaman perdagangan antara bangsa di perairan selat melaka.Untuk membeli sesuatu barang, mereka akan buat pertukaran sama ada dalam bentuk emas atau dalam bentuk barang berharga yang lain.
Setelah kaum Cina berhijrah ke Bumi Malaysia, mereka membuka Lombong emas dan bijih timah yang berpusat di serata lembah klang.Mereka berpegang pada harga persatuan mereka sendiri untuk membuat transaksi diketika itu,yang di asaskan oleh keluarga besar Chun Hing Long (tokey besar pelombong emas & bijih timah).Harga tersebut masih diguna pakai hingga ke hari ini untuk harga persatuan emas Industri tempatan ialah index CHL,harga turun temurun dari keluar besar Chun Hing Long.
Harga Emas CHL tidak semua orang tahu ianya bukan harga untuk open Public, tetapi untuk harga industri atau untuk harga penukang-penukang emas diseluruh negara.Harga Emas CHL menurut persetuan mereka akan dikira dalam Per Tael,ianya bukan dalam Per gram.Untuk pengetahuan anda 1 tael Bersamaan 37.8 gram ianya perkiraan mengikut negara Cina. Harga CHL hanya ada satu harga sahaja.Tidak seperti harga persatuan yang lain yang ada harga Sell & Buy,Selalunya harga Sell untuk CHL mereka akan tambah mengikut keuntungan masing-masing,sedangkan harga Buy mereka akan mengurangkan dari pada harga besar CHL
Sebagai contoh untuk harga Sell CHL index RM6,450 + 50=RM6,500
Sebagai contoh untuk harga Buy CHL index RM6,450 + 50=RM6,400
disitu la timbulnya harga Sell & Buy
Harga Emas di Malaysia Terbahgi kepada Dua:
1.Harga Industri
2.Harga Public Open
Harga Indutri
Harga emas yang diguna pakai oleh kilang emas dan penukang-penukang kedai emas,mereka tetap berpegang pada harga persatuan CHL "harga ini tidak ramai orang tahu"
Harga Public Open
Harga yang selalu kita dapati dikedai emas mahupun harga yang bank tawarkan,seperti Bank Rakyat,Agro Bank,Public Bank,Maybank dan bank-bank yang lain yang menjual emas Fizikal atau yang menjual emas secara Digital Numbor.
Dalam harga Public Open Price ramai yang keliru,mereka selalu bertanya tentang mana satu harga Market Price.Untuk pengetahuan anda semua harga market price adalah harga yang mereka jual mengikut keuntungan mereka masing-masing dari harga besar Industri. Harga besar adalah harga Market Price yang sebenar,tetapi ianya mengikut harga yang telah ditetapkan oleh LBMA (london Base Market Assosiation) untuk secara detailnya adalah harga yang tertera di Kitco.







Add new comment